Latar Belakang

Portal Digital Kelantan (PDK) adalah sebuah platform digital yang dibangunkan untuk menyediakan perkhidmatan dalam talian kepada warga kerja Kerajaan Negeri Kelantan. Portal ini bertujuan untuk memudahkan akses kepada maklumat, perkhidmatan, dan sumber daya yang berkaitan dengan urusan kerja dan pentadbiran di dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Portal Digital Kelantan juga merupakan satu inisiatif strategik pendigitalan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) ke arah memperkukuhkan transformasi digital dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri. Portal ini dibangunkan sebagai hab digital bersepadu yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan negeri khususnya secara dalam talian yang mesra pelanggan.

Maklumat Yang Dikumpul

1. Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi untuk capaian ke aplikasi Portal Digital Kelantan.

Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut:

  • Nama Penuh
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Emel
  • Nombor Telefon
  • Jawatan
  • Gred
  • bahagian

2. Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.

3. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

Kesan Jika Data Peribadi Tidak Dibenarkan

Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.

Dasar Privasi & Keselamatan

Dasar Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

DASAR KESELAMATAN

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumbalas dan Aduan

Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan amat mengalu-alukan maklumbalas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.

Tarikh Kemaskini : 25 Februari 2026

Lokasi
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Blok 6 Aras 1,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu Kelantan.
Waktu Operasi
Ahad - Rabu
7:30 pagi - 5:00 petang
Khamis
7:30 pagi - 3:30 petang
Hubungi Kami
Tel: 09-7481957
Faks: 09-7477105
Emel: bptm[at]kelantan.gov.my
Logo BAHAGIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT